Kalendar Dcomey

Saturday, August 15, 2015

Bihun sup ala cina

Assalamualaikum

Mengimbau kenangan tekak masa zaman-zaman berkerja dulu. Kini kenangan tu kembali lagi bila teringatkan sup yang sedap kami makan steamboat di tempat sejuk itu.

Yaa! Cameron Highlands...
My 1st time ke Cameron Highlands tuu...


Dulu my chinese frens Ms Cheng & Ann Nee pernah ajarkan buat sup ala-ala cina yang simple dan sedap. Masa tu kami nak ikut company trip gi bercuti ke Cameron Highlands, jadi kami masak bahan-bahan asas sup tu kat umah sewa ku & bawak bekalan ke sana.

Di penthouse Villa Dahlia, Tanah Rata...seperiuk sup kita berjaya habiskan dengan style steamboat. Indahnya kenangan itu...

Sekarang masing-masing dah bawa haluan sendiri dan masing-masing pun dah tak kerja lagi dengan company tu. Hanya kenangan yang di bawa bersama..

Ms cheng & Ann Nee....i'm really miss both of u!

BIHUN SUP ALA-ALA CINA

2-3 labu bawang putih (cincang dan goreng garing. Simpan bawang yang dah siap goreng bersama minyak nya)
1 ketul halia (di mayang dan goreng garing. Simpan halia bersama minyaknya)


Bihun (celur)
Udang (buang kulit dan goreng dengan sedikit minyak)
Sawi cina (celur)
Taugeh (celur)
Cili besar

Sup :
1 Gengam ikan bilis
Fish Ball or Fishcake
Sosej
Sedikit minyak bijan
Garam secukup rasa
Lada hitam (tumbuk)
Daun sop or daun bawang (utk hiasan)

Rebus ikan bilis. Lagi lama rebus lagi sedap...lepas tu keluar ikan bilis tu. Saya tak keluarkan pun.
Tuangkan 2 camca bawang putih goreng tadi bersama minyaknya kedalam sup yang sedang didihkan.
Masuk kan fish ball, sosej, minyak bijan, lada hitam dan garam.
Bila fish ball dan bahan-bahan lain dah masak...tutup api dan taburkan daun bawang


Hidangkan bersama bihun, sawi cina, taugeh dan cili besar.
Bila nak makan, masukkan bawang putih goreng, halia goreng dan cili potong bersama kicap.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...