Kalendar Dcomey

Tuesday, January 19, 2016

Cherating, Pahang - Part 3

....Love story from Cherating.

Selamat pagi chenta!
Alhamdulillah masih di beri nikmat menghirup udara segar dari bumi Cherating. 
Sebelum tidoq semalam lagi dah habaq siap-siap dah kat Incik somi yang hari ni bangun tidoq awai nak tengok matahari terbit. Alhamdulillah lepas subuh lagi kami dah jejak kaki ke pantai.

Tu lah untungnya stay kat Pak Itam Inn Chalet ni...sebabnya dia dia apit antara Hotel Lagend Resort dan Hotel Holiday Villa yang berbintang-bintang tu. Makanya...view dari Pak Itam Inn Chalet juga haruslah bertaraf bintang juga la!

Hensome pula tengok Incik somi sendiri di pagi hari ni...jom balik bilik semula abaaannngggg! Hahahah...

Matahari baru nak muncul-muncul manja di balik awan tu.
Aku juga nak posing ala-ala manja juga la...bukan selalu dapat posing bersama view ciptaan Allah Yang Maha Agung yang tersangat cantik ni. Alhamdulillah...

Incik somi...walaupun kadang-kadang perilaku mu menyakitkan hatiku hingga aku selalu lupa kelembutan ku sebagai isterimu, namun ketahuilah oleh mu bahawa aku sentiasa sayang padamu.

Sumpah!
Dalam setiap senyuman yang ku ukir kan untukmu...hanya Allah ja yang tahu isi hatiku. Cewahhhh!

Subhanallah cantiknya...


Kau juga antara yang tercantik anugerah dalam hidupku...suamiku.


I love you...
.
.
.
hope you love me toooooo....
Walau dengan muka tak mandi pagi berbaju unggu bertudung marroon yang tak masuk konsep bercanda tepi pantai di pagi hari...


...aku tetap nak habaq gak cinta kami tetap terpahat di pasir pantai Cherating. Wuhuhhhh!

Berjanji denganku....susah dan senang mu sentiasa bersama ku hingga ke syurga. Amin...Cinta kita di suatu pagi itu....sungguh puitis gituuu!

view dengan teknik dagu 8 lapis..hahha

Setelah mentari menampakkan dirinya....maka perut pun mula berbunyi-bunyi minta di isi. Moh ler kite Incik somi mencari bersuap nasi di pagi hari.

Double AA Restoran, Cherating Kuantan.
4°06'19.7"N 103°22'52.5"E

Carian dengan keyword "tempat makan best di Cherating"...berakhir di blog milik Zalia yang suggest kedai makan ni. Tima kasih awak!

Kedai makan pun dekat sangat dengan jalan masuk chalet kami dok tu jadi memang pilihan sangat pantas la. Keluar dari jalan chalet sampai ke jalan besar tu, ambik jalan ke kanan sampai Petronas di sebelah kanan juga. Kedai ni sebelah je dengan Petronas Cherating tu.
Pilihan kami - Nasi kerabu ayam bakar + teh tarik aku punya & nasi dangang + teh o panas incik somi punya.

Dari review blogger, katanya ayam bakar kat sini sedap. Aku plak jenis pantang ni kalau orang habaq kata sedap...mula la meronta-meronta dalam hati nurani nak rasa kesedapan tu juga kan!
Redha je la incik somi bila aku ni tetap nak mik gambaq dalam berbagai arah dulu sebelum makan da selepas baca doa makan. Tapi dorongan dia juga kadang-kadang tu...bila belum posing gambar menu, tanya ja dia tu kat aku dah ambik gambar ka belum? Hihi...
Suka la part hangit sikit pada ayam bakar tu. Aroma dia pun dah menusuk kalbu dah.

Aku pun wajib dah nak jadi duta jalan-jalan cari makan juga kan! Jemput makan....

Ternyata nasi kerabu ayam bakar bila di gabungkan bersama teh tarik buih 2 inci ni sedap sekali hingga menjilat jari. Lapaq sama kot...hihi

♡♡ ItaIzuwan_Love Story ♡♡

Next entry....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...